Goreng Gitar Pentatonic 1

$30
3 ratings

Kenapa orang lain boleh goreng sedap?

Pernahkah awak strumming gitar lepas tu member awak join & goreng solo sedap gila?

Dan sambil awak main chords, dia macam 10x lagi seronok dari awak... jari dia ligat & dia buat muka macam gitaris kat konsert besar. Nak cakap hodoh tak juga tapi nak cakap comel tak pula.

Yang penting tu, dia boleh goreng!

Bak kata orang muzik, dia boleh main lead gitar!

Zaman dulu, orang selalu tanya gitaris:


"Awak ni main rhythm ke main lead?"


Dan walaupun tak ramai yang akan mengaku -- selalunya gitaris lead ni yang orang kagumi.

Tengok saja nama-nama gitaris macam Man Keedal, Sham Kamikaze, Shah Slam, Samad Lefthanded, Nan Saturnine, King Shah... rata-rata yang dalam scene Malaysia, kalau sesama gitaris, mesti semua compare siapa yang punya solo tu power sekali.


Jadi, nak tak nak akan tiba satu time, ramai gitaris mesti nak belajar solo sikit-sikit. Dan ramai fail!


Kenapa gitu ek?


Sebab kalau zaman dulu, susah nak cari apa-apa material. Tu zaman sebelum internet, jadi kalau ada dapat VHS Malmsteen tu dah kira nasib baik. Tapi dah la pula dalam video tu kadang-kadang dia main laju gila... Mak oii, newbie macam manalah nak follow video guitar hero macam tu kan?


Lepas zaman tu, budak-budak belajar gitar kat YouTube pulak. Ni ok, tapi problem zaman YouTube ni TERLALU banyak video bersepah. Jadi maklumat OVERLOADED, tapi last-last masih tak reti solo jugak. Akhirnya ke laut juga!


Jadi, apa penyelesaiannya?

Muncul video Goreng Gitar Pentatonic 1 ni. 

Apa special video ni?

Video ni sebenarnya satu peluang untuk awak dapat benda-benda yang kira wajib saja untuk mula solo lead.

Bukan SEGALA-GALANYA, tapi yang takat perlu saja.

Dan yang best tu, ni dalam BM, jadi tak keliru macam tengok video yang dalam English kat YouTube. 

Dari fingering asas ke cara buat licks simple ke cara nak kembangkan solo -- semua ni awak dapat.


Apa dalam Goreng Gitar Pentatonic 1 ni?

Awak dapat ilmu termasuk:

  • Apa tu scale pentatonic?
  • Fingering Asas
  • Fungsi & Bunyi Notes
  • Cara buat licks dengan lebih mudah
  • Cara awak boleh cipta solo lead gitar 
  • Rahsia buat licks berulang
  • Tips untuk Licks Laju
  • Cara mencipta solo lebih menarik
  • Contoh solo & cara latihan dalam Chord Jam 1, 2 & 3
  • Pengenalan double stops asas (supaya awak solo lebih manis lagi)
  • Satu fingering menarik yang bolehkan awak lebih lancar seluruh fretboard
  • Ilmu sequences (Ini asas main lead macam Paul Gilbert, John Petrucci & ramai lagi)
  • Tips untuk Solo Lebih Kompleks (Licks bercerita + Perkembangan Solo)

Siapa saya & kenapa awak nak percaya saya ni?


Nama saya Az Samad & saya pemuzik professional yang berpengalaman dalam industri muzik selama 24 tahun.

Saya mula main gitar dulu selepas dengar album Nirvana: Unplugged in New York & kemudian:

+ belajar classical guitar

+ graduate dengan ijazah dari University of Westminster, UK dalam pengkhususan Professional Music (Arranging)

+ menuntut ke Berkee College of Music (Boston, MA, USA) & graduate dengan dual major BM in Music (Jazz Composition & Guitar Performance - Summa Cum Laude Honors)

+ join fakulti Berklee Summer Guitar Sessions di Berklee College of Music pada tahun 2017 & 2018 mengajar kelas 'Fretboard Harmony'

+ graduate dari San Jose State University, California (USA) dengan Masters in Music (Jazz)

+ perform di USA, Eropah & Asia Tenggara

+ pernah bekerja sebagai komposer, sessionist, gitaris, arranger & musical director

+ berpengalaman perform sebagai gitaris untuk konsert Pops Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)

+ pernah perform dengan pemuzik seperti Bumblefoot, Zee Avi, Adam Rafferty, Mike Dawes dan ramai lagi.

+ komposer jemputan untuk video game 'No Straight Roads' yang terbit untuk PC, Playstation 4, Nintendo Switch & Xbox One

+ gitaris kolaborasi dengan Salammusik & Altimet dalam lagu 'Bangkit' (1,979,497 views di YouTube)


Sedia nak goreng gitar lebih sedap lagi?

Klik "I want this" untuk goreng gitar pentatonic yeah!

I want this!
Copy product URL

Ratings

5.0
(3 ratings)
5 stars
100%
4 stars
0%
3 stars
0%
2 stars
0%
1 star
0%
$30

Goreng Gitar Pentatonic 1

3 ratings
I want this!