Edit product

$30

Strategi Bina Kerjaya Muzik

Adakah awak seorang pemuzik atau ada band?

Ramai pemuzik nak masuk dalam industri muzik tapi tak tahu macamana.

Atau mungkin awak dah main muzik tapi tak pasti macamana nak ke peringkat seterusnya.

Kenapa ada pemuzik yang boleh terus dalam industri muzik?

Kenapa ada pemuzik lain yang lepas dah lama main muzik berhenti dari industri muzik?


Apa yang dalam sesi ni?

Dalam sesi padat 1 jam 34 minit ni, awak akan dapat tahu:


1) Perancangan
Apa yang perlu awak fikir kalau nak bina kerjaya sebagai pemuzik solo atau band.

Awak juga akan apa yang paling penting untuk bina kerjaya dalam muzik & apa bezanya dari buat muzik sebagai hobi. 


2) Cara Jana Pendapatan

Ada 3 kategori utama yang pemuzik boleh jana pendapatan. Bukan 3 cara, tapi 3 kategori. 

Pertama kali saya sedar ini, ini mengubah cara saya approach kerjaya saya.

Ini boleh membantu awak dapat 'clarity' dalam perjalanan awak sebagai pemuzik. 


3) Strategi Bina Profil 

Penting ke jadi terkenal?

Semakin ramai peminat yang seorang pemuzik ada, semakin ia membantu kerjaya awak.

Ini bukan sekadar nak jadi instafamous atau tweetfamous.

Ada yang dikenali tapi kerjaya masih belum boleh bina kerjaya jangka panjang.

Apa yang penting & apa yang tak penting bila awak gunakan social media?

Perlukah awak ada kat TikTok, Instagram, Twitter, YouTube, Facebook dan semua?

Kita akan bincangkan topik ini dalam sesi ini.

4) Sesi Soal Jawab

Ada soalan yang belum terjawab? Ini peluang awak untuk tanya.

Apa format sesi ni?

Sesi ini telah berlangsung pada Sabtu, Oktober 24, 2020 pada 2 petang melalui Zoom video call.


Walaupun sesi ini telah tamat, kini awak boleh dapat ilmu yang 11 pemuzik dapat hari itu melalui video rakaman sesi tersebut.

Biasanya, sesi consultation dengan saya adalah RM350/sejam

Tapi dalam video ini, awak boleh dapatkan ilmu & pengalaman 24 tahun saya dengan investment RM120 sahaja.


Apa kata pemuzik yang hadir sesi ini?


Siapa saya & kenapa awak nak percaya saya ni?

Nama saya Az Samad & saya pemuzik professional yang berpengalaman dalam industri muzik selama 24 tahun.

Saya mula main gitar dulu selepas dengar album Nirvana: Unplugged in New York & kemudian:

+ belajar classical guitar

+ graduate dengan ijazah dari University of Westminster, UK dalam pengkhususan Professional Music (Arranging)

+ menuntut ke Berkee College of Music (Boston, MA, USA) & graduate dengan dual major BM in Music (Jazz Composition & Guitar Performance - Summa Cum Laude Honors)

+ join fakulti Berklee Summer Guitar Sessions di Berklee College of Music pada tahun 2017 & 2018 mengajar kelas 'Fretboard Harmony'

+ graduate dari San Jose State University, California (USA) dengan Masters in Music (Jazz)

+ perform di USA, Eropah & Asia Tenggara

+ pernah bekerja sebagai komposer, sessionist, gitaris, arranger & musical director

+ berpengalaman perform sebagai gitaris untuk konsert Pops Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)

+ pernah perform dengan pemuzik seperti Bumblefoot, Zee Avi, Adam Rafferty, Mike Dawes dan ramai lagi.

+ komposer jemputan untuk video game 'No Straight Roads' yang terbit untuk PC, Playstation 4, Nintendo Switch & Xbox One

+ gitaris kolaborasi dengan Salammusik & Altimet dalam lagu 'Bangkit' (2,152,891 views di YouTube)


Soalan Popular (F.A.Q - Frequently Asked Questions)


1. Kelas ni dalam Bahasa Malaysia ke?
Ya. Ini dalam BM. Cuma sekali-sekala saya akan cakap campur ada English sana-sini.


2. Saya masih student lagi. Sesuai ke saya ambil modul ni?
Ya, malahan awak mungkin yang paling untung sekali kalau belajar konsep-konsep ni dari awal lagi sebelum bekerja sebagai pemuzik sepenuh masa.


3. Saya tak ada latihan muzik secara formal. Sesuai ke ini untuk saya?
Ya. Sesi ini sesuai untuk sesiapa yang ingin masuk ke industri muzik & lebih bersedia. Tak kira samada ada latihan formal atau belajar sendiri.


4. Saya takut saya tak faham apa yang cikgu ajar ni. Susah ke nak faham apa yang dalam modul ni?
Semua yang awak dapat dalam ni saya jelaskan dengan cara yang paling mudah untuk dihadam. Insya-Allah boleh!

5. Saya merancang nak bina kerjaya di luar negara. Relevan lagi ke ni?
Ya. Ini konsep yang saya gunakan untuk bina kerjaya saya & kembangkan, termasuk semasa di Malaysia & juga di USA.


6. Saya dah berusia dan baru nak masuk industri muzik. Sesuaikah ini untuk saya?
Ya. Video ini sesuai untuk sesiapa yang serius ingin menjadi pemuzik, tak kira umur. Kecuali kalau macam budak-budak lagi (bawah 14 tahun). Dalam kes tu, mungkin ini tak sesuai.


7. Boleh download atau stream ke video ni?
Ya, boleh download ke phone & tablet. Kalau ada PC/Laptop, boleh stream video, bergantung dengan speed internet awak.


8. Akan expire ke download ni? Atau saya boleh tengok balik sebulan dua dari sekarang?
Tak expire. Boleh tengok ulang-ulang & dalami ilmu ini.


9. Ni eBook ke video ni?
Ni video 1 jam 34 minit yang diiringi nota dalam bentuk fail PDF boleh cetak.

10. Saya pemuzik rock/pop/jazz/R&B/fusion/funk/dangdut/tradisional/hip-hop... sesuai ke ni untuk saya?
Ya, ini sesuai tak kira apa genre muzik yang awak persembahkan. Konsep dalam ini penting untuk semua pemuzik yang ingin bekerja & berkarya dalam industri muzik moden masakini.


Bina kerjaya muzik awak dengan lebih yakin lagi!

Klik "I want this!" untuk dapatkan sesi ini 

You've purchased this product

See it in your library

View in Library
Sorry, this item is not available in your location.
Sold out, please go back and pick another option.

Checkout

Strategi Bina Kerjaya Muzik

Enter your info to complete your purchase

Card

···· ···· ···· 4242
Test card

05/18

Card

Use a different card?

Card

pp paypal

or pay with

We do not keep any of your sensitive credit card information on file with us unless you ask us to after this purchase is complete.

or pay with

You'll be charged US$30.

Your purchase was successful!

We charged your card and sent you a receipt

    Gumroad Library

    Download from the App Store or text yourself a link to the app

    Good news! Since you already have a Gumroad account, it's also been added to your library.

    Powered by Gumroad